Satu hari ...
CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??
Kerana
CINTA itu buta ...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana ...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana ...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....
Walau kita banyak couple, KAWAN adalah teman paling setia ..
Walau kita banyak harta, KAWAN adalah teman paling berharga ..
Alu-aluan
Ade -Ade Aje
“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”
Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.
Friday, June 26, 2009
Thursday, June 25, 2009
Raja Namrud hancur kerana nyamuk.
Sejarah Islam:
"Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)
Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
petikan dari e-mail...[islamic-ebook]
"Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)
Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan.
Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa. Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.
Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.
Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu ketika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.
Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.
Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.
Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.
"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad.
Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.
"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.
Tambahnya lagi, Allah ada berfirman,"Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu agar mereka kembali insaf." Surah Al-Rum: 41
"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris.
Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat.
Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.
Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia.
Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan.
"Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan," nasihat Ustaz Idris.
"Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan," nasihat Ustaz Idris.
petikan dari e-mail...[islamic-ebook]
Tuesday, June 23, 2009
Hormatilah Agama

Sebuah akhbar harian ada menyiarkan di muka depan artikel tentang isteri di dera suami hanya kerana menegur si suami melayari dan ber 'chatting' lucah di laman internet yang berlaku di Shah Alam Selangor. Di laporkan si suami telah bertindak ganas terhadap isterinya hinggakan menyebabkan kecederaan.
Cuma di sini penulis merasa amat dan sangat terkilan apabila pengarang akhbar tersebut mencatatkan bahawa si suami tersebut kononnya seorang yang alim rajin bersolat dan mengaji AlQuran dalam masa yang sama menggambarkan si suami seorang yang ganas terhadap isterinya.
Penulis beranggapan pengarang berita tersebut tidak bermoral dan tak beretika dalam menyampaikan berita. Secara tak langsung karangan beliau boleh mengaibkan orang alim yang beragama Islam. Karangan beliau juga boleh menyebabkan masyarakat terutama non-muslim akan memandang serong pada orang Islam khasnya terhadap para pendakwah, para ustaz, para Imam, bilal yang lazimnya berpakaian dan berperwatakan alim. Karangan beliau juga mampu menjatuhkan imej serta maruah bangsa Melayu.
Di manakah letaknya sensitiviti pengarang akhbar tersebut?... berita penuh

Wednesday, June 3, 2009
Hari ini hari kau...

IPOH: Penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy secara sinis menyatakan segelintir pihak mungkin berpuas hati dengan keadaan menimpanya berhubung kisah keretakan rumah tangga dan tuntutan cerai isterinya, Maizawati Zainal. “Pihak yang nak mencabar kredibiliti (saya) sebagai pendakwah, pihak kawan dan lawan, mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Syariah Perak di sini, semalam.... selanjutnya
Rasanya kes ini berpunca dari rasa cemburu. Positifnya cemburu tu tandanya sayang. Tapi kalau dah ter'over' cemburu silap gaya talak satu. Seharusnya cemburu mesti di kawal. "Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu" lepas tu tersedu-sedu (nangis). Menjatuhkan talak adalah hak suami tetapi tersangat di benci oleh Allah s.w.t. Manakala haram dan derhaka bagi si isteri menuntut talak/fasakh (rujuk kitab rumi Muhimmah & Al Mawa'zad Al Badi'ah m/s 12). Secara ilmiah wajar ke si isteri menuntut cerai/fasakh.
Apa pun kepada para isteri jadikan lah kes ni sebagai ikhtibar untuk lebih ber Ilmu. Maksud sabda Baginda Rasulullah s.a.w "Apabila mengerjakan oleh perempuan akan solat 5 waktu dan mengerjakan akan puasa Ramadhan dan memelihara ia akan farajnya dan mengikut ia akan suaminya, nescaya dikata baginya: "Masuklah olehmu akan syurga dpd mana-mana pintu yang engkau kehendaki". (rujuk kitab rumi Muhimmah & Al Mawa'zad Al Badi'ah m/s 40).
Wahai para Isteri ikutlah Ilmu, syurga pasti menanti mu dan jauhkan nafsu (derhaka suami) kerana jilatan api neraka teramat azab buat mu. Contohilah iman Asiah isteri firaun dan Masyitah pelayan firaun yang tetap beriman walau di azab oleh firaun. Jangan rosakkan susu sebelanga hanya kerana nila setitik.
Apa pun kepada para isteri jadikan lah kes ni sebagai ikhtibar untuk lebih ber Ilmu. Maksud sabda Baginda Rasulullah s.a.w "Apabila mengerjakan oleh perempuan akan solat 5 waktu dan mengerjakan akan puasa Ramadhan dan memelihara ia akan farajnya dan mengikut ia akan suaminya, nescaya dikata baginya: "Masuklah olehmu akan syurga dpd mana-mana pintu yang engkau kehendaki". (rujuk kitab rumi Muhimmah & Al Mawa'zad Al Badi'ah m/s 40).
Wahai para Isteri ikutlah Ilmu, syurga pasti menanti mu dan jauhkan nafsu (derhaka suami) kerana jilatan api neraka teramat azab buat mu. Contohilah iman Asiah isteri firaun dan Masyitah pelayan firaun yang tetap beriman walau di azab oleh firaun. Jangan rosakkan susu sebelanga hanya kerana nila setitik.
Wahai si Isteri, patah tumbuh hilang berganti tetapi yang berganti belum pasti baik dan mulia peribadi. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak bererti. Tak bererti menang di dunia (mahkamah syariah) tetapi menempah celaka di akhirat yang kekal abadi. Nauzubillah....
Subscribe to:
Posts (Atom)