Alu-aluan

Ade -Ade Aje

“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”

Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.

Sememangnya telah menjadi lumrah manusia tidak akan tersentuh selagi emosi mereka tidak disentuh.

Friday, January 30, 2009

Terlanjur

Hah… terlanjur lagi. Apalah tak habis-habis kisah terlanjur (ruangan Wanita di Mingguan Malaysia). Saban minggu asyik tersiar masalah yang sama aje. Terlanjur, terlanjur, terlanjur… yang pelik nya ‘ter’lanjur banyak kali pulak tu. Musykil betul….

Indahnya bahasa. ‘Ter’ adalah perbuatan yang berlaku tanpa sengaja seperti terlena iaitu tidur tanpa sengaja, terjatuh, terkentot, terkencing, terberak dan lain-lain lagi lah. Tetapi bagaimana plak dengan ‘terlanjur’ iaitu berzina. Bolehkah perbuatan berzina itu dikatogerikan sebagai perlakuan tanpa sengaja?.

Mengikut tesaurus bahasa melayu dewan maksud terlanjur iaitu tersorong ke depan. Jadi dalam kes zina mungkin dapat diertikan iaitu ‘ tersorong ‘anu’ lelaki ke depan lalu termasuk ke dalam ‘anu’ perempuan tanpa sengaja. Boleh ke…? Lu pikir lah sendiri….

Sebagai contoh, Ketika Man sedang bercanda di taman bunga bersama Min tiba-tiba dia tersorong ke depan anu nya lalu termasuk ke dalam anu Min beberapa kali seraya Man berkata, “Min, kita dah terlanjur ni”. Pelik….

Pada pandangan peribadi aku perkataan ‘terlanjur’ ni sengaja digunapakai semata-mata untuk mengelak diri dari terhukum zina yang seolah-olah dilakukan secara tak sengaja. Mungkin juga untuk menghalalkan cara. Mungkin juga untuk menutup malu pada masyarakat (tapi tak rasa malu pada Allah). Ape-ape pun ‘terlanjur’ tak terguna pakai dalam Syariah Islam. Mengikut Syariah hukum berzina ialah 100 rotan atau rejam sampai mati mandatori.

Lu pikir lah sendiri. Pepatah Melayu berkata “bapak borek, anak rintik” juga “kalu bapak kencing berdiri, anak kencing berlari”. Maka kalau generasi dulu ‘terlanjur’ hanya sekali tak hairan lah generasi hari ini ‘terlanjur’ ber kali-kali.

Renungan, macam manakah agaknya tingkahlaku, perangai, adabsopan, bakal pemimpin akan datang jika terhasil dari generasi yang ‘terlanjur’ hari ini?. Tepuk dada tanya Iman.

surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”

Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Friday, January 23, 2009

Dayus

Harian Metro pada 23 January lepas telah menyiarkan satu tajuk berita “Isteri curang ‘naik tocang’. Kisah yang belaku di Perlis di mana seorang suami berjawatan tinggi rela di buli dan membiarkan sahaja isterinya ‘main kayu tiga’ kononnya demi menjaga rumahtangga dan anak-anak. Pelik sungguh.

Apa nak jadi lah dengan orang kita sekarang ni, ini lah padahnya kalau suami dan isteri cetek ilmu akhirat. Bukankah suami wajib mencegah dan menegah kemungkaran yang berlaku di dalam rumahnya dan juga kepada keluarganya?. Bukankah dayus sisuami jika dia membiarkan kemungkaran berlaku di dalam keluarganya?.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud

” Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Dayus adalah dosa besar. Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Sesungguhnya ‘dayus’ adalah dosa besar. Neraka adalah tempat yang telah dijanjikan untuk si ‘dayus’. Maka gantikanlah Kejahilan yang ada didalam diri kita hari ini dengan Ilmu supaya kita tidak tergolong di dalam golongan lelaki ‘dayus’. Nauzubillah.

Tuesday, January 20, 2009



Ketika kita hisap Dunhill mereka sedang dibedil Yahudi,

Ketika kita minum Milo mereka sedang kebulur,

Ketika kita seronok ketawa mereka menangis tak terkata

Ketika kita berpeluh panas mereka kepanasan bom fosforus

Hujan air di negeri kita hujan peluru di negeri mereka,

Kita ketawa mereka menangis

Kita kaya mereka papa

Kita suka mereka duka

Kita gembira mereka hampa

….Bantulah mereka kerana mereka adalah saudara Islam kita. Doakan untuk mereka, dermakan mereka dan Boikot produk Yahudi dan Nasara (AS) demi perjuangan Islam.