Harian Metro pada 23 January lepas telah menyiarkan satu tajuk berita “Isteri curang ‘naik tocang’. Kisah yang belaku di Perlis di mana seorang suami berjawatan tinggi rela di buli dan membiarkan sahaja isterinya ‘main kayu tiga’ kononnya demi menjaga rumahtangga dan anak-anak. Pelik sungguh.
Apa nak jadi lah dengan orang kita sekarang ni, ini lah padahnya kalau suami dan isteri cetek ilmu akhirat. Bukankah suami wajib mencegah dan menegah kemungkaran yang berlaku di dalam rumahnya dan juga kepada keluarganya?. Bukankah dayus sisuami jika dia membiarkan kemungkaran berlaku di dalam keluarganya?.
Sabda Nabi S.A.W bermaksud
” Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Dayus adalah dosa besar. Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Sesungguhnya ‘dayus’ adalah dosa besar. Neraka adalah tempat yang telah dijanjikan untuk si ‘dayus’. Maka gantikanlah Kejahilan yang ada didalam diri kita hari ini dengan Ilmu supaya kita tidak tergolong di dalam golongan lelaki ‘dayus’. Nauzubillah.