Alu-aluan
Ade -Ade Aje
“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”
Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.
Monday, March 16, 2009
Siapa Juara
KUALA LUMPUR: Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, ketika mengulas fenomena membimbangkan ini berkata, beliau terkejut dan kecewa kerana statistik itu menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin teruk. (Hmetro)
Statistik menunjukkan teramai adalah orang melayu. Rentetan dari Kosmos beberapa minggu lepas menyiarkankan skandal sek di bilik x-ray di sebuah hospital di ibukota juga adalah melayu. Kisah artis terlampau juga dijuarai orang melayu. Skandal di sekolah juga dijuarai oleh orang melayu. Kes buli sekolah juga orang melayu. Di Pusat Serenti juga juaranya orang melayu. Pusat pemulihan akhlak juga juaranya orang melayu. Merempit juga orang melayu juaranya. Budaya punk juga juaranya remaja melayu. Sehinggakan bercakaran dalam politik juga dijuarai oleh orang melayu. Melayu. Melayu. Melayu....
Melayu adalah Juara. Juara apa?. Juara kepada segala bentuk keruntuhan akhlak, sek bebas, merempit dan bermacam2 lagi gejala negatif. Dulu remaja melayu adalah Juara tetapi sekarang ini lelaki dewasa melayu pun dah mula menduduki tangga Juara di dalam keruntuhan akhlak.
Di dalam institusi kekeluargaan ibu dan bapa dipersalahkan secara total disebabkan keruntuhan akhlak remaja melayu. Bagaimana pulak dengan keruntuhan diperingkat nasional. Patutkah pemimpin2 melayu dipersalahkan kerana gagal dalam mengekang keruntuhan akhlak melayu?. Patutkah?. Kalau ibu dan bapa yang gagal dalam pentadbiran keluarga dipersalahkan, maka Pemimpin melayu yang bercakaran di dalam politik hari ini patut juga di persalahkan.
Mereka leka dalam percaturan politik, mereka hanya pentingkan perut dan bawah perut, ego, fitnah menfitnah, rasuah, gila duit, gila kuasa, gila betina dan segala bentuk gila dunia maka tak hairanlah anak bangsa melayu hari ini akan terusan menggila segala bentuk budaya kehancuran. Sesuailah pepatah melayu 'Bapak borek, anak rintik', 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'.
Perlukah pusat Serenti diperbanyakkan lagi dan patutkah Pusat Pemulihan akhlak diperbanyakkan lagi?. Wahai bangsa melayu, tepuklah dada tanyalah iman. Selagi pemimpin melayu tidak bersatu, selagi Islam tidak di martabatkan selagi itulah bangsa melayu dan Islam akan berada di dalam kegelapan.
Faris Audah Dalam Kenangan
:
Faris Audah ialah seorang remaja yang baru berumur 13 tahun yang tinggal di tengah Bandar Gaza, di Palestin. Namanya menjadi sebutan disebabkan keberanian beliau melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa merasa takut dan gentar walaupun hanya bersenjatakan batu-batu kecil.
Pagi-pagi lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah untuk belajar. Selepas pulang di waktu petang, dia akan bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk membaling tentera-tentera Yahudi yg bersembunyi di dalam kereta perisai. Farislah yg paling terkenal di kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya berbanding rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa berada di depan sekali semasa merejam batu ke arah tentera zionis itu.
Bagi Faris, satu-satunya cara yang ada untuk menentang Yahudi kerana hanya itulah senjata yang mereka ada. Ramai tentera Yahudi yg cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena batu berbisa remaja-ramaja Islam dan sebagainya.
Faris pernah kelihatan dirakam di dalam lensa kamera seorang wartawan sedang mengejar seorang tentera Yahudi yg lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu. Faris mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan membalingi tentera itu sekali, tentera itu lari. Dia pula yg mengejar dan berjaya mengenai sasarannya.
Biasanya apabila ada rakannya yg tertembak dan luka, Faris dan rakannya akan mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa tersedia menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan seperti itu biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera ringan dan pulih semula.
Pada suatu hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari rumahnya tanpa memberitahu ibunya. Dia terus mencari beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk membalingi tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari itu dia kurang bernasib baik kerana setelah melontar beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di dadanya.
Pada petang itu, jalanraya di Gaza menyaksikan beratus-ratus orang lelaki Palestin yg mengiringi jenazah seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke tanah perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana Faris ialah seorang yang syahid. Sehelai kain putih biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan kerdil itu.
Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan luarbiasa berbanding remaja mahupun orang dewasa lain yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab apabila menghadapi musuh Allah.
Itu adalah sumbangan Faris untuk pembebasan Palestin - seorang kanak-kanak bertubuh kecil berjiwa besar.
Usaha kitaa… teruskan sumbangan ke dana Palestin, teruskan doa mohon pertolongan dari Allah dan teruskan boikot produk Yahudi dan US. Biarpun kecil sumbangan kita tetapi sangat besar jika dilakukan secara istiqomah. .
Pastinya ia tidaklah terlalu sukar berbanding pengorbanan Faris dan rakan-rakannya.