Harian Metro semalam 15 Mac 2009 telah mengundang rasa sedih, marah, terkilan penulis tentang tajuk berita 'Pasangan melayu paling ramai...'.
KUALA LUMPUR: Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, ketika mengulas fenomena membimbangkan ini berkata, beliau terkejut dan kecewa kerana statistik itu menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin teruk. (Hmetro)
Statistik menunjukkan teramai adalah orang melayu. Rentetan dari Kosmos beberapa minggu lepas menyiarkankan skandal sek di bilik x-ray di sebuah hospital di ibukota juga adalah melayu. Kisah artis terlampau juga dijuarai orang melayu. Skandal di sekolah juga dijuarai oleh orang melayu. Kes buli sekolah juga orang melayu. Di Pusat Serenti juga juaranya orang melayu. Pusat pemulihan akhlak juga juaranya orang melayu. Merempit juga orang melayu juaranya. Budaya punk juga juaranya remaja melayu. Sehinggakan bercakaran dalam politik juga dijuarai oleh orang melayu. Melayu. Melayu. Melayu....
Melayu adalah Juara. Juara apa?. Juara kepada segala bentuk keruntuhan akhlak, sek bebas, merempit dan bermacam2 lagi gejala negatif. Dulu remaja melayu adalah Juara tetapi sekarang ini lelaki dewasa melayu pun dah mula menduduki tangga Juara di dalam keruntuhan akhlak.
Di dalam institusi kekeluargaan ibu dan bapa dipersalahkan secara total disebabkan keruntuhan akhlak remaja melayu. Bagaimana pulak dengan keruntuhan diperingkat nasional. Patutkah pemimpin2 melayu dipersalahkan kerana gagal dalam mengekang keruntuhan akhlak melayu?. Patutkah?. Kalau ibu dan bapa yang gagal dalam pentadbiran keluarga dipersalahkan, maka Pemimpin melayu yang bercakaran di dalam politik hari ini patut juga di persalahkan.
Mereka leka dalam percaturan politik, mereka hanya pentingkan perut dan bawah perut, ego, fitnah menfitnah, rasuah, gila duit, gila kuasa, gila betina dan segala bentuk gila dunia maka tak hairanlah anak bangsa melayu hari ini akan terusan menggila segala bentuk budaya kehancuran. Sesuailah pepatah melayu 'Bapak borek, anak rintik', 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'.
Perlukah pusat Serenti diperbanyakkan lagi dan patutkah Pusat Pemulihan akhlak diperbanyakkan lagi?. Wahai bangsa melayu, tepuklah dada tanyalah iman. Selagi pemimpin melayu tidak bersatu, selagi Islam tidak di martabatkan selagi itulah bangsa melayu dan Islam akan berada di dalam kegelapan.
Alu-aluan
Ade -Ade Aje
“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”
Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.