...macam mana nak selesai, lain di suruh lain yang di buat. Di suruh tangkap dan hapuskan penjualan pil acstasi, dia pulak yang jadi tokan acstasi macam kes di Manjung suatu ketika dulu. Di suruh hapuskan rasuah, dia pulak yang makan rasuah. Duit rakyat sepatutnya digunakan untuk pembangunan rakyat sebaliknya dibelinya pengundi, dibelinya calon wakil rakyat, dibelinya ADUN, hakim pun habis kena beli.
Contoh terbaru ....kes projek PKFZ, Buletin Utama semalam melaporkan kos pembinaan PKFZ sepatutnya RM1.85B tetapi telah menjangkau ke RM4B dan dijangka akan meningkat melebihi RM12B jika tiada tindakan diambil. .....itu uang lakyat oooo...olang suluh jaga uang 'lu' pulak yang makan uang....
Kes rogol masih terus meleluasa. Mangsa rogol tak kenal usia semuda 3 tahun hingga lah ke usia nenek. Mangsa bukan hanya di rogol malah dirompak lebih malang lagi dibunuh tanpa kasihan. Perogol pulak bukan hanya orang luar tetapi dari kalangan saudara mara sendiri pun ada.
Foto di atas adalah hukuman rotan sebanyak 20 sebatan kerana kesalahan merogol. Persoalannya
- Berapa ramaikah perogol yang telah di kenakan hukuman?
- Berapa ramaikah mangsa rogol?
- Berapa ramai lagikah yang akan menjadi mansa rogol paksa atau rogol rela (untuk budak bawah umur biasanya bila dah mengandung boyfren pun dah lari baru le terhegeh-heget nak buat laporan polis) ?
- Berapa ramaikah yang sekarang ni sedang dirogol?
Kenapa jenayah rogol masih tak selesai.... sepatutnya ikut hukum hudud, hukuman rotan di saksikan di khalayak ramai supaya bakal perogol berasa gerun, takut dan insaf dengan hukuman tersebut. (Ramai rakyat akan lebih terselamat.) Tetapi berlaku sebaliknya, hanya tembok batu yang jadi saksi. Maka tak hairanlah penjenayah dan perogol terus bertambah ramai, bertambah rakus dan ganas, mangsanya adalah rakyat ....pikir lah sikittttttt......
Hukum hudud - adalah MENCEGAH. Bukankah mencegah itu terlebih baik dari mengubat?... Tidak kah mereka (bakal penjenayah) apabila menyaksikan hukuman, mereka akan merasa gerun dan gementar untuk melakukan jenayah?. Tetapi hari ini penjenayah semakin berani menentang undang2 malah lebih buas dan ganas dan terus bermaharajalela merompak, menyamun, merogol, malah membunuh mangsa tanpa belas kasihan. Mereka terusan melakukannya lagi dan lagi dan lagi tanpa merasa takut akan undang2 (thaghut) walaupun sebesar habuk.
Sebab tu kes jenayah tak selsesai....Allah suruh ikut hudud 'dia' pulak nak ikut 'buntut thaghut' .... rakyat akan berterusan terseksa....penjenayah semakin berleluasa dan malah ada yang terbela..(contohnya kes Datuk Taha dan banyak kes lagi).
Mana yang lebih baik ...MENCEGAH atau mengubat?