Alu-aluan

Ade -Ade Aje

“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”

Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.

Sememangnya telah menjadi lumrah manusia tidak akan tersentuh selagi emosi mereka tidak disentuh.

Sunday, May 17, 2009

Leptospirosis

Leptospirosis (lep-to-spy-RO-sis) adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

(S
umber Harian Metro)
"11 pendatang tanpa izin masuk hospital

PULAU PINANG: Sebelas lagi pendatang tanpa izin dari Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), dekat sini, kelmarin kerana dijangkiti penyakit Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata mereka dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam.

“Sejak 7 Mei lalu sehingga semalam, 35 pendatang tanpa izin dimasukkan ke HBM manakala dua lagi dirawat di Hospital Seberang Jaya selepas mengalami demam.

“Separuh daripada mereka dijangka dibenar keluar dalam masa terdekat selepas memberi respons positif kepada rawatan yang diberi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, seorang rakyat Myanmar meninggal dunia dan 26 lagi dirawat di dua hospital di sini berikutan dijangkiti penyakit Leptospirosis, yang biasanya tersebar kepada manusia melalui penggunaan air yang dicemari air kencing tupai atau tikus. "

Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri dan sekitar rumah. Disamping kita memohon pada Allah supaya dijauhi dari sagala wabak penyakit dan bencana alam.