Alu-aluan

Ade -Ade Aje

“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”

Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.

Sememangnya telah menjadi lumrah manusia tidak akan tersentuh selagi emosi mereka tidak disentuh.

Monday, May 11, 2009

Politik Surau

Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) sedikit sebanyak telah merubah keadaan sosio-politik tanahair dan cara pemikiran rakyat. Negeri Kedah, Perak dan Selangor telah jatuh ketangan parti Pakatan Rakyat. Sementara Kelantan masih kekal di bawah pemerintahan parti PAS dan Tuan Guru Nk Aziz (alhamdulillah).

Kesan dari PRU12, ramai yang telah kehilangan jawatan, perniagaan, wang simpanan malah ramai juga yang kehilangan kawan akibat tewas bertanding. Sebaliknya ada pulak YB yang telah memenang kerusi DUN sanggup menggadaikan maruah dan kepercayaan masyarakat setempat demi memenuhkan poket yang tak pernah berisi. Itu cuma sebahagian dari sepak terajang dan perbalahan politik, biarlah politikus sahaja yang berbalah di pentas mereka.

Sebenarnya disini aku nak berbicara pasal politik surau/masjid. Rupa-rupanya politik kat surau dan masjid pun tak kurang hebatnya, terutama antara AJKnya. Tak hairanlah kalau mereka berbalah sebab berlainan warna parti tetapi kalau hal kecik/ciput pun nak berbalah dan bermasam muka ...rasanya tak patut berlakulah kan.

Baru-baru ni aku ada mengikuti AGM surau kat tempat tinggal aku. Bermula dari pengesahan minit mesyuarat hingga ke soal/hal berbangkit. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan harmoni. Cuma aku terkilan dalam keharmonian itu rupa-rupanya ada AJK yang hangat-hangat kuku. Beliau tak puashati dengan Imam 1. Puncanya adalah azan. Kisahnya beliau bengang sebab Imam1 melaungkan azan ketika beliau sepatutnya bertugas melaungkan azan.

Ketika aku remaja dulu ada jugak kes macam ni berlaku di surau kampung aku. Puncanya pun azan jugak. Satu hari bilal di tegur oleh seorang kariah mungkin sebab sebutannya kurang tepat ketika melaungkan azan maghrib. Ramai kariah yang tak berpuas hati dengan teguran tu dengan alasan bilal tersebut dah lama melaungkan azan. Berpunca dari situ telah menyebabkan kariah berbalah, kata mengata berpecah, bermasam muka dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah kemudian kariah dapat bersama-sama semula.

Di sini aku suka untuk kita renung-renungkan tentang fungsi masjid/surau. Hal paling utama yang harus difikirkan ialah Kenapa masjid/surau (rumah Allah) diwujudkan?. Ramai orang mengatakan, didirikan semata untuk beribadah kepada Allah. Pada pandangan aku, tidak benar sebab dalam Al-quran Allah berfirman, Surah Al-Imran, 191

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"

Allah tak ade pun sebut beribadah perlu di masjid/surau. Ibadah sebenarnya tiada bertempat malah seluruh kehidupan kita adalah ibadah sesuai sebagai mana yang selalu kita sebut ketika solat dalam doa iftitah yang bermaksud " inilah solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah". Malah solat boleh dilakukan dimana-mana dgn syarat tempt itu suci dari najis.

Cuba fikirkan kenapa Rasulullah bina masjid ketika sampai di Madinah semasa hijrah?. Tujuan nya ialah untuk dijadikan One-Stop Center kepada penyatuan umat dan urusan pantadbiran masyarakat Islam ketika itu termasuklah dalam hal politik, pendidikan, ekonomi maupun ibadah.

Peliknya kenapa masjid/surau sekarang ni hanya dijadikan tempat ibadah sahaja? (sama je macam kuil dan gereja!?..). So kalau keluar dari masjid dah tak perlu beribadah lah!?... Patutlah umat Islam sekarang ni jadi bengong. Masuk masjid tutup aurat, bila keluar masjid dedah aurat. Dalam masjid nampak alim nak mampus bila keluar masjid kaki dangdut rupanya. Nauzubillah....

Maka tak hairanlah, jika fungsi utama masjid/surau sendiri pun masyarakat Islam tak faham apatah lagi tentang konsep beribadah (iman dan takwa) kepada Allah.

Dalam mengharungi cabaran hari ini marilah kita bermuhasabah diri dalam membetulkan halatuju kita, keluarga kita, jiran kita, masyarakat kita dan negara kita di atas landasan Islam yang sebenar. Marilah kita perbetulkan persepsi atau tanggapan salah tentang peranan masjid/surau kita. Sama-sama lah kita memeriahkan aktiviti2 di masjid/surau terutama ditempat tinggal semuga kita beroleh keberkatan dan kemuliaan dari Allah. Buangkan semangat kebangsaan, kita gantikan dengan semangat Ikhwanul Muslimin. Buangkan Perasaan Hasad Dengki kita gantikan dengan Perasaan Kasih & Ramah.