Alu-aluan

Ade -Ade Aje

“Ade-ade aje lah …!” adalah ayat yang biasa kita dengar dan biasa kita ungkap dalam perbualan seharian. Ayat ini biasa diucapkan oleh seseorang yang merasa geram dengan kerenah orang lain contoh ungkapan geram seorang ibu terhadap anaknya “ade-ade ajelah kamu ni nak mintak itu nak mintak ini ..!”. Juga biasa diucapkan oleh si suami yang cuba 'mengelat' si isteri seperti “ade-ade ajelah ayang ni, sumpah abang takde girlfren ….!”

Akan tetapi blog ‘Ade-Ade Aje’ ini cuma sekadar komen, kupasan, luahan rasa, rayuan juga ejekan terhadap isu-isu semasa dengan sentuhan kritis serta teguran sinis dalam menyentuh emosi pembaca.

Sememangnya telah menjadi lumrah manusia tidak akan tersentuh selagi emosi mereka tidak disentuh.

Sunday, August 2, 2009

Natrah The Return - episod keislaman terhakis

Natrah adalah nama Melayu Islam kepada Maria Hertogh yang telah diserahkan oleh ibunya kepada pasangan muslim En Maarof dan Pn Aminah ketika beliau berumur 6 tahun. Beliau telah didik oleh ibu angkatnya dengan penuh adat Melayu Islam sehinggalah beliau berumur 14tahun.

Pada Disember 1950 tercatat dalam sejarah Tanah Melayu, Islam dan Melayu telah dipisahkan secara paksa dari diri Natrah oleh Makamah Tinggi. Orang Melayu dengan berani menentang keputusan tersebut malah ramai terkorban demi mempertahankan maruah Islam serta keIslaman Natrah. Secara terpaksa seorang Islam bernama Natrah kembali menjadi Maria Hertogh.

Hari ini kisah 'Natrah' kembali menjadi Maria Herthogh telah berulang bukan secara paksa tetapi dengan rela, bukan seorang tetapi ramai berjuta. Sebagai contoh; Katijah menjadi Kathy, Fatimah menjadi Fatty, Roslan bertukar ke Roy, Johari senang di panggil Joe dan bermacam-macam lagi. Nama-nama orang kristian semakin disenangi dan diterima pakai oleh orang Islam malahan dibanggai. Manakala nama-nama Islam semakin terpinggir apatah lagi nama pejuang Islam dan para-para sahabat Rasulullah s.a.w semakin dilupai dan tidak kurang juga dibenci.

Diceritakan, Natrah dengan rela cuba mengekalkan cara hidup Islam ketika beliau dihantar pulang ke Belanda tetapi hari ini ramai orang Islam dengan rela murtad dan meninggalkan cara hidup Islam. Azlina Jailani murtad menjadi Lina Joy, Aisyah Bukhari murtad ke Kristian malahan ramai orang Islam berbangga mengamal cara hidup barat seperti dedah aurat, arak, sex bebas (zina), sosial, gay, hiburan melampau dan bermacam-macam lagi. Cara hidup Islam semakin di benci, cara hidup melayu semakin dilupai dan yang tinggal hanya 1 hari berbaju melayu dan bersolat sunat di pagi 1 syawal.

Natrah dipisahkan dari budaya melayu dan Islam oleh Mahkamah Tinggi penjajah tetapi hari ini setelah 59 tahun negara merdeka Perlembagaan Persekutuan (Artikel 11(1) ) masih tidak mampu membendung gejala murtad yang berlaku di kalangan orang Islam. Pada tahun 1956 ramai orang Islam terkorban kerana menentang keputusan Mahkamah demi mempertahankan Islam Natrah, malangnya hari ini orang Islam juga yang berkorban mempertahankan dan mengekalkan kuasa Mahkamah tersebut sehingga sanggup membiarkan orang Islam dimurtadkan. Kalau dulu orang melayu sanggup berkorban nyawa demi Islam tetapi hari ini pemimpin melayu sendiri menikus dikala isu murtad semakin menjadi-jadi.

Natrah terpaksa meninggalkan kehidupan Melayu dan Islam dan kembali ke kehidupan barat, tetapi hari ini ramai muslim memaksa dan membiarkan diri mereka, sahabat handai mereka, jiran mereka, ahli keluarga mereka, pimpinan mereka, ahli kariah mereka meninggalkan cara hidup Islam dan meniru dan mengikut cara hidup barat Yahudi dan Nasrani) sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1507.

Dari Abu Said r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti Sunnah (tradisi) orang-orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta biarpun mereka memasuki lobang dhab (sebangsa biawak), kamu juga akan memasukinya". Kami berkata: "Hai Rasulullah! Orang Yahudi dan Nasranikah?" Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa lagi?"


Natrah adalah mangsa keadaan yang menyebabkan terhakis dan terkikisnya Islam beliau, tetapi hari ini majoriti masyarakat muslim membiarkan malah rela keIslaman dan keImanan dalam diri mereka terhakis dan terkikis. Daifnya, masyarakat Islam yang cuba mempertahankan kehidupan Islam akan di tohmah sebagai kolot, anti moden dan bermacam-macam lagi dan yang paling tragis mereka ini di anggap terrorist dan militan.

Sabda Rasulullah s.a.w
ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".

H.R. Muslim




Friday, June 26, 2009

CINTA & KAWAN

Satu hari ...
CINTA
& KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??


Kerana
CINTA
itu buta ...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


Kerana ...
KAWAN
akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana ...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


Kerana ...
KAWAN
itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....


Walau kita banyak couple, KAWAN adalah teman paling setia ..
Walau kita banyak harta, KAWAN adalah teman paling berharga ..

Jesus is God?

Thursday, June 25, 2009

Raja Namrud hancur kerana nyamuk.

Sejarah Islam:

"Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan.
Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa.

Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.

Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.

Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)

Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.

"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu ketika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.

Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.

Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.

"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad.

Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.

"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.
Tambahnya lagi, Allah ada berfirman,

"Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu agar mereka kembali insaf." Surah Al-Rum: 41

"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris.

Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat.

Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.

Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia.
Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan.
"Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan," nasihat Ustaz Idris.

petikan dari e-mail...[islamic-ebook]

Tuesday, June 23, 2009

Hormatilah Agama

Hal dera isteri berlaku di mana2 saja boleh dikatakan berlaku di seluruh dunia. Tak kira bangsa mau pun agama.

Sebuah akhbar harian ada menyiarkan di muka depan artikel tentang isteri di dera suami hanya kerana menegur si suami melayari dan ber 'chatting' lucah di laman internet yang berlaku di Shah Alam Selangor. Di laporkan si suami telah bertindak ganas terhadap isterinya hinggakan menyebabkan kecederaan.

Cuma di sini penulis merasa amat dan sangat terkilan apabila pengarang akhbar tersebut mencatatkan bahawa si suami tersebut kononnya seorang yang alim rajin bersolat dan mengaji AlQuran dalam masa yang sama menggambarkan si suami seorang yang ganas terhadap isterinya.

Penulis beranggapan pengarang berita tersebut tidak bermoral dan tak beretika dalam menyampaikan berita. Secara tak langsung karangan beliau boleh mengaibkan orang alim yang beragama Islam. Karangan beliau juga boleh menyebabkan masyarakat terutama non-muslim akan memandang serong pada orang Islam khasnya terhadap para pendakwah, para ustaz, para Imam, bilal yang lazimnya berpakaian dan berperwatakan alim. Karangan beliau juga mampu menjatuhkan imej serta maruah bangsa Melayu.

Di manakah letaknya sensitiviti pengarang akhbar tersebut?...
berita penuh

Wednesday, June 3, 2009

Hari ini hari kau...

Berita Harian Metro

IPOH: Penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy secara sinis menyatakan segelintir pihak mungkin berpuas hati dengan keadaan menimpanya berhubung kisah keretakan rumah tangga dan tuntutan cerai isterinya, Maizawati Zainal. “Pihak yang nak mencabar kredibiliti (saya) sebagai pendakwah, pihak kawan dan lawan, mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Syariah Perak di sini, semalam.... selanjutnya


Rasanya kes ini berpunca dari rasa cemburu. Positifnya cemburu tu tandanya sayang. Tapi kalau dah ter'over' cemburu silap gaya talak satu. Seharusnya cemburu mesti di kawal. "Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu" lepas tu tersedu-sedu (nangis). Menjatuhkan talak adalah hak suami tetapi tersangat di benci oleh Allah s.w.t. Manakala haram dan derhaka bagi si isteri menuntut talak/fasakh (rujuk kitab rumi Muhimmah & Al Mawa'zad Al Badi'ah m/s 12). Secara ilmiah wajar ke si isteri menuntut cerai/fasakh.

Apa pun kepada para isteri jadikan lah kes ni sebagai ikhtibar untuk lebih ber Ilmu. Maksud sabda Baginda Rasulullah s.a.w "Apabila mengerjakan oleh perempuan akan solat 5 waktu dan mengerjakan akan puasa Ramadhan dan memelihara ia akan farajnya dan mengikut ia akan suaminya, nescaya dikata baginya: "Masuklah olehmu akan syurga dpd mana-mana pintu yang engkau kehendaki".
(rujuk kitab rumi Muhimmah & Al Mawa'zad Al Badi'ah m/s 40).

Wahai para Isteri ikutlah Ilmu, syurga pasti menanti mu dan jauhkan nafsu (derhaka suami) kerana jilatan api neraka teramat azab buat mu. Contohilah iman Asiah isteri firaun dan Masyitah pelayan firaun yang tetap beriman walau di azab oleh firaun.
Jangan rosakkan susu sebelanga hanya kerana nila setitik.

Wahai si Isteri, patah tumbuh hilang berganti tetapi yang berganti belum pasti baik dan mulia peribadi. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak bererti. Tak bererti menang di dunia (mahkamah syariah) tetapi menempah celaka di akhirat yang kekal abadi. Nauzubillah....

Sunday, May 31, 2009

MENCEGAH lebih baik dari mengubat.....

MENCEGAH terlebih baik dari mengubat.

Contoh pertama - Kes zina.
Hudud mencegah manusia dari melakukan sex bebas kerana sex bebas bakal mendatangkan kemudaratan dan masalah seperti
  1. tak ada maruah - pelacur, bohsia tu ada maruah ke?
  2. tiada keturunan yang pasti - anak pelacur tu bangsa, keturunan apa?
  3. penyakit - merebak penyakit spt H.I.V, siplis, penyakit kulit dan macam2 lagi.
  4. hak kemanusiaan tak terjamin - orang mana yang nak membela anak pelacur?
  5. punca permusuhan - kerana perempuan ramai lelaki bergaduh dan terbunuh.
  6. dan banyak lagi..... lu pikirlah sendiri...
  • Adakah sex bebas berserta kemudaratan itu memberi kebaikan kepada manusia?
  • Bangsa mana yang rela hidup tanpa maruah?
  • Manusia mana rela keturunan mereka di nodai oleh pelbagai bangsa?.
  • Orang mana yang rela mengidap penyakit kelamin?
  • Ibubapa manayang sudi membela anak pelacur?
  • Kenapa ibubapa memilih bakal menantu dari keturunan serta keluarga yang bermaruah?
  • Aman ke kalau hidup dalam permusuhan?.

Hudud ada jawapan nya demi menjaga keturunan manusia - mencegah dan mengharamkan zina supaya terpelihara keturunan dan maruah mausia. Hukuman 100 rotan terhadap penzina yang belum berkahwin dan direjam sampai mati terhadap penzina yang telah berkahwin.

Contoh ke 2- Kes curi, rompak, ragut, samun.
Kes ragut masih berleluasa. Mangsa ragut ada yang cedera parah, cacat seumur hidup malah ramai yang terkorban. Peragut pulak ramai yang terlepas bebas. Perompak juga masih bermaharaja lela. Merompak, membunuh, merogol.
  1. Orang mana yang sudi harta nya di curi?
  2. Keluarga mana yang rela ahli kelurganya di bunuh perompak?
  3. Keluarga mana yang rela melihat ahlinya dirogol perompak?.
  4. Berapa banyak kerugian yang berpunca dari rompakan?
  5. Berapa ramai nyawa yang tak berdosa terkorban?
  6. Aman ke hidup kita kalau banyak perompak, peragut, penyamun dan pencuri di luar rumah tu?
Hukum Islam adalah kaedah yang amat terbaik demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan hidup manusia
  1. Menjaga harta benda - menjaga harta dari kecurian, rompakan, rampasan, samun dll.
  2. Menjaga nyawa - menjaga nyawa dan anggota badan dari dicederakan.
Hudud melaksanakan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri. Hukum pancung bagi kesalahan membunuh.

Islam datang dengan kehidupan yang syumul berserta dengan kaedah pencegahan iaitu Hudud, Qhisas, Diyat dan Ta'zir demi menjamin kemakmuran serta menjaga kesejahteraan hidup manusia.
  1. Menjaga Agama - mencegah iman dan akhidah dari terpesong ke jalan yang sesat
  2. Menjaga nyawa - memelihara hak manusia dari dicederakan anggota badannya atau dibunuh
  3. Menjaga akal fikiran - menjaga akal manusia dari kerosakan yang berpunca dari arak dan benda yang memabukkan
  4. menjaga keturunan manusia - mencegah dan mengharamkan zina supaya terpelihara keturunan dan maruah mausia.
  5. Menjaga harta benda - menjaga harta dari kecurian, rompakan, rampasan, samun dll.

Zalim ke hudud?. Hari ini ramai orang mengatakan hudud adalah zalim kononnya melanggar hak asasi manusia. Adakah memelihara hak nyawa manusia, menjamin kemakmuran, memelihara keturunan dan harta benda itu di anggap zalim?......
BODOH DAN BANGANG KE MANUSIA ITU MENOLAK KAEDAH YANG TERBAIK INI?.
Di manakah kecerdikan akal manusia? ....



Contoh ke 3 - Babi Haram .
Allah (Islam) mangharamkan memakan babi. Allah ber sifat Maha Mengetahui tentang seluruh alam cinptaanNya. Dia Maha Mengetahui tentang baik dan buruk untuk alam ini terutama untuk manusia. Tetapi kedegilan dan kebodohan manusia hari ini menyebabkan seluruh dunia hari ini menjadi tak tenteram dan tak aman dengan merebaknya virus H1N1 yang berpunca dari babi. Ramai yang telah mati dan lagi ramai yang sedang dirawat. Pakar saintis juga telah mengesahkan bahawa daging babi mengandungi parasit yang kekal hidup walau di masak. Malah Babi juga menjadi pusat pembiakan virus2 terkini.

Kolot ke Islam?. Al Quran telah membawa keterangan yang jelas tentang kebaikan dan kemudaratan untuk manusia jadikan panduan. Al Quran juga adalah penyuluh kehidupan kepada manusia. Tetapi mengapa manusia masih menolak dan menafikannya?.
PATUTKAH MANUSIA ITU MENJADI BAHLOL SEMATA-MATA ENGGAN MENERIMA DAN MENOLAK KETERANGAN ALQURAN?......






Saturday, May 30, 2009

Kes masih tak selesai.....

...macam mana nak selesai, lain di suruh lain yang di buat. Di suruh tangkap dan hapuskan penjualan pil acstasi, dia pulak yang jadi tokan acstasi macam kes di Manjung suatu ketika dulu. Di suruh hapuskan rasuah, dia pulak yang makan rasuah. Duit rakyat sepatutnya digunakan untuk pembangunan rakyat sebaliknya dibelinya pengundi, dibelinya calon wakil rakyat, dibelinya ADUN, hakim pun habis kena beli.

Contoh terbaru ....kes projek PKFZ, Buletin Utama semalam melaporkan kos pembinaan PKFZ sepatutnya RM1.85B tetapi telah menjangkau ke RM4B dan dijangka akan meningkat melebihi RM12B jika tiada tindakan diambil. .....itu uang lakyat oooo...olang suluh jaga uang 'lu' pulak yang makan uang....

Kes rogol masih terus meleluasa. Mangsa rogol tak kenal usia semuda 3 tahun hingga lah ke usia nenek. Mangsa bukan hanya di rogol malah dirompak lebih malang lagi dibunuh tanpa kasihan. Perogol pulak bukan hanya orang luar tetapi dari kalangan saudara mara sendiri pun ada.













Foto di atas adalah hukuman rotan sebanyak 20 sebatan kerana kesalahan merogol. Persoalannya
  • Berapa ramaikah perogol yang telah di kenakan hukuman?
  • Berapa ramaikah mangsa rogol?
  • Berapa ramai lagikah yang akan menjadi mansa rogol paksa atau rogol rela (untuk budak bawah umur biasanya bila dah mengandung boyfren pun dah lari baru le terhegeh-heget nak buat laporan polis) ?
  • Berapa ramaikah yang sekarang ni sedang dirogol?
Kenapa jenayah rogol masih tak selesai.... sepatutnya ikut hukum hudud, hukuman rotan di saksikan di khalayak ramai supaya bakal perogol berasa gerun, takut dan insaf dengan hukuman tersebut. (Ramai rakyat akan lebih terselamat.) Tetapi berlaku sebaliknya, hanya tembok batu yang jadi saksi. Maka tak hairanlah penjenayah dan perogol terus bertambah ramai, bertambah rakus dan ganas, mangsanya adalah rakyat ....pikir lah sikittttttt......

Hukum hudud - adalah MENCEGAH. Bukankah mencegah itu terlebih baik dari mengubat?... Tidak kah mereka (bakal penjenayah) apabila menyaksikan hukuman, mereka akan merasa gerun dan gementar untuk melakukan jenayah?. Tetapi hari ini penjenayah semakin berani menentang undang2 malah lebih buas dan ganas dan terus bermaharajalela merompak, menyamun, merogol, malah membunuh mangsa tanpa belas kasihan. Mereka terusan melakukannya lagi dan lagi dan lagi tanpa merasa takut akan undang2 (thaghut) walaupun sebesar habuk.

Sebab tu kes jenayah tak selsesai....Allah suruh ikut hudud 'dia' pulak nak ikut 'buntut thaghut' .... rakyat akan berterusan terseksa....penjenayah semakin berleluasa dan malah ada yang terbela..(contohnya kes Datuk Taha dan banyak kes lagi).

Mana yang lebih baik ...MENCEGAH atau mengubat?

Buang bayi lagi....

Buletin Utama TV3 semalam menyiarkan berita kes buang bayi oleh pelajar sekolah berusia 16tahun berlaku di Kuantan. Pelajar tu Melayu ...(Melayu lagi). Bila buat police report dia mengaku mengandung sebab dirogol kenalan beberpa bulan dulu. Rogol suka ke rogol paksa?...
















Persoalannya sampai bila kes buang bayi oleh orang Melayu akan bernokhtah?. Ketika zaman jahiliyah dahulu kezaliman orang kafir Quraisyh hanya tanam anak perempuan sahaja, tetapi hari ini lebih zalim anak tak di tanam tapi di buang sesuka hati macam buang kain buruk. Buang di longkang, belakang rumah, dalam tandas, dalam tong sampah, dalam semak, di campak depan rumah orang, di letak di masjid dan macam2 lagi lah..

Kalau dahulu Baginda Nabi Muhammad s.a.w membawa sinar kepada masyarakat jahiliyah dahulu dan menghapuskan adat tanam anak, malangnya hari ini ramai yang dari umat Baginda sendiri yang membuang anak. ....apa dah jadi aaah!!!!!.

Malangnya masyarakat menuding jari kepada para ibubapa apabila kes sosial semacam ni berlaku. Ibubapa sering dipersalahkan kerana kononya tak mendidik , kononnya tak mengajar, kononnya tak menasihat, kononnya tak mengasuh, kononnya tak mengajar dan bermacam2 lagi konon. Semuanya salah ibubapa. Kalau berlaku di dalam rumah, ya ibubapa wajib diperslahkan. Kalau berlaku di luar rumah macam mana pulak, bukankah itu tanggungjawab Pemerintah dan Penguasa?

Kes ragut, kes rogol, kes samun, kes rompak, kes rempit, kes ponteng, kes khalwat, kes dadah, kes judi dan bermacam2 lagilah kes negatif. Dalam hal menjaga anak dari terjebak dalam kes sebegini
  • PATUT KE SEMUA IBUBAPA MENGEKORI ANAK2 MEREKA 24 JAM SEMATA UNTUK MENJAGA KESELAMATAN ANAK MEREKA?.
  • IBUBAPA TAK PERLU BEKERJA KE ?
  • SIAPA YANG MENGAJAR ANAK2 MEREKA BUAT JAHAT KAT LUAR TU?
  • FAKTOR APA YANG PENGARUHI ANAK2 MEREKA?
  • APA DAN SIAPA PUNCA ANAK2 JADI JAHAT?. IBUBAPA TAK HANTAR ANAK2 KE SEKOLAH KE?
Usaha ibubapa, hantar anak2 ke sekolah kebangsaan, hantak anak2 ke KAFA ( kelas fardhu 'ain), hantar ke tusyen, hantar ke motivasi, bagi nasihat lagi dan macam2 lagi usaha yang ibubapa dah buat semata2 untuk menjadikan anak2 mereka berguna. Malangnya sebahagian usaha2 mereka tersia-sia sebabnya anak2 mereka terpengaruh apabila berada di luar rumah. Terpengaruh dengan video game sex di CC, terpengaruh dengan arak yang senang di beli, terpengaruh dengan budaya bebas yang menjerumus ke arah sex bebas, terpengaruh dengan free thinker, terpengaruh dengan budaya ajaran sesat, terpengaruh dengan majalah dan vedio porno dan separuh porno, terpengaruh dengan murtad dan bermcam lagi.

Semuanya ber puncanya dari faktor luar yang bole di beli malah bole dapat percuma sahaja tanpa kawalan. Arak di jual murah, majalah porno dan separuh porno pun di jual murah, judi magnum-toto-kuda-dai mai cai pun di jual semurah seringgit, bergaul bebas di konsert boleh dapat percuma di Jom Heboh, menjelang tahun baru, sambutan merdeka, dan macam2 lagilah, hotel sex segera pun banyak mulah ooooo, khidmat 'Ah Long' pun banyak lagi, karaoke haram pun banyak, tempat 'merendek' pun banyak macam kat Time Square tu percuma aje dan banyak lagi lah faktor2 jahat yang boleh dibeli dengan murah mahu percuma.

Lu pikir lah sikit.... larat ke ibubapa nak melindungi anak2 mereka kat luar tu. Sepatutnya Pemerintah dan Penguasa lah yang lebih bertanggungjawab menjaga masyarakat kat luar tu. Hapuskan majalah porno dan separuh porno macam majalah mangga tu, haramkan semua konsert percuma, haramkan arak, tutup pusat karaoke, tutup CC banyak kan broadband dengan kadar murah dan block semua url porno, tutup kedai judi, hapuskan 'Ah long' dan macam2 lagi usaha yang patut Penguasa dan Pemerintah wajib lakukan dengan usaha yang bersungguh.....

....bukan lepaskan batuk di tangga aje.... "Hendak seribu daya, tak nak satu dalih". Seperti yang biasa kita dengar dan kita lihat di dalam berita dan akhbar...katanya "kami telah berjaya menyelesaikan kes ragut dengan tertangkapnya seorang suspek yang mempunyai beberapa kes jenayah..." . Beberapa kes jenayah...? Patut ke jenayah di buat berulang-ulang kali..? Maknanya lepas keluar penjara dia akan buat lagi lah...lagi dan lagi dan lagi ... kes boleh selesai ke!!!!.

Kes masih tak selesai...!!! Jenayah dan gejala negatif tak akan selesai selagi Pemerintah dan Penguasa berterusan mengagongkan undang2 Manusia dan thaghut. Undang2 Allah (Maha Mengetahui) dah ada tak mau ikut....

Kepada ibubapa muslim, sama lah kita terus berusaha, berdoa serta bertawakal kepada Allah s.w.t. moga kita dan keluarga beroleh perlindungan dariNya dunia dan akhirat. Pergantungan hidup kepada Thaghut hanya mengundang celaka dunia dan akhirat...nauzibillah.



Monday, May 18, 2009

Gawat Iman...

'Sudah jatuh di timpa tangga' adalah pepatah Melayu yang boleh diumpamakan dengan keadaan dunia hari ini. Di kala ekonomi dunia merudum, virus influenza A H1N1 pulak semakin merebak sehingga ke Asia Tenggara.

Di kala dunia sedang sibuk dilanda kegawatan fizikal, orang Melayu Islam pulak semakin terpukul ditambah dengan kegawatan spiritual dan Iman. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga lagi, parah dan sekarang ni semakin bertambah tenat.....

Kenapa tenat?... tengok ajelah penyakit kat bawah tu ;
  1. Ekonomi pendapatan perkapita - Melayu ter bawah berbanding 3 etnik terbesar.
  2. Politik - Melayu yang ter lebih 'bercakor'.
  3. Pakar kedoktoran - Melayu ter ramai di serenti.
  4. Pakar bidan - Melayu ter ramai buang anak
  5. Jaguh GP - Melayu ter ramai merempit.
  6. Selebriti - pelakon VCD ter lampau Melayu yg juara, student IPT, student sekolah, pekerja kilang, artis, Jaga, si tua nak mampus pun ade juga. Nak murah dah mudah dalam stor, dibalik semak, dalam kebun, atas motor, dalam kereta, bilik x-ray, dalam pondok durian, bawah tangga, dalam kelas, dalam lif. Paling sedih di tepi jalanraya pun jadiiiii ...?! aib...aib..
  7. Penghibur dan yang dihibur - Ter ramai Melayu. tengok ajelah di semua konsert seperti Konsert Jom Heboh, AF, Idol, Lawak ...
  8. Fanatik Agama - Melayu paling ramai ter sesat.... hai...entah le
  9. Sosial - Pantang kena rayu, Melayu ter ramai 'layu'. Layu pulak pada bangla, indon, si gagak hitam Afrika, si Hindu kononnya demi cinta sejati.... porahhhh
  10. Pembeli - Melayu acapkali ter belit oleh pembelit. Setiap Ramadhan pasti harga barang naik. Peliknya perayaan lain tak de pulak naik.....!?.. w/pun di bawah penguasaan menteri Melayu ...


Sedutan dari sumber Berita Harian Online

"Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.

Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.

Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima."

Inilah salah satu contoh penyakit tenat yang sedang dihadapi orang Melayu. W/pun ter pelajar malah dari jurusan agama, masih tak mampu nak mengelakkan maksiat, biarpun di bulan Ramadhan. Apatah lagi 'pakar kedoktoran', 'pakar bidan', 'Jaguh GP' dan 'Selebriti' yang sememangnya tak berperibadi Agama.

Pelikkan....dimana silapnya?. Apa puncanya?. Mungkinkah sebutan dan perkataan Me-layu menjadi punca Melayu terus layu ....?..



Sunday, May 17, 2009

Leptospirosis

Leptospirosis (lep-to-spy-RO-sis) adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

(S
umber Harian Metro)
"11 pendatang tanpa izin masuk hospital

PULAU PINANG: Sebelas lagi pendatang tanpa izin dari Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), dekat sini, kelmarin kerana dijangkiti penyakit Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, berkata mereka dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam.

“Sejak 7 Mei lalu sehingga semalam, 35 pendatang tanpa izin dimasukkan ke HBM manakala dua lagi dirawat di Hospital Seberang Jaya selepas mengalami demam.

“Separuh daripada mereka dijangka dibenar keluar dalam masa terdekat selepas memberi respons positif kepada rawatan yang diberi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, seorang rakyat Myanmar meninggal dunia dan 26 lagi dirawat di dua hospital di sini berikutan dijangkiti penyakit Leptospirosis, yang biasanya tersebar kepada manusia melalui penggunaan air yang dicemari air kencing tupai atau tikus. "

Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri dan sekitar rumah. Disamping kita memohon pada Allah supaya dijauhi dari sagala wabak penyakit dan bencana alam.

Wednesday, May 13, 2009

MB SAH DIHARAMKAN, YANG HARAM DIHALALKAN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

laporan seterusnya PerakDaily.com....

Tuesday, May 12, 2009

DS Nizar MB Perak yang sah...

Petikan dari http://bukitgantang59.blogspot.com


Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim masuk ke kamar mahkamah tepat jam 2.30 petang 11.5.09 dan terus membaca alasan penghakiman selama 1 jam 27 minit sebelum mengumumkan keputusan kes.

Antara perkara penting yang dinyatakan oleh Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim ialah:

1. Semua kenyataan dan perakuan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid dalam affidavitnya tidak diterima oleh mahkamah kerana pasukan peguam DS Nizar berjaya membuktikan Dato' LA itu tiada wibawa dan nyata berpihak (tiada credibility dan impartiality).

2. Semua pandangan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dalam celahannya sepanjang perbicaraan kes ini diputuskan sebagai tidak menepati tafsiran sebenar bagi peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada mana-mana artikel yang dirujuk.

3. DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar atau menitahkan Menteri Besar meletak jawatan.

4. Tindakan DS Nizar memohon perkenan pembubaran DUN pada 4 Februari 2009 tidak bererti Menteri Besar itu mengakui atau mengesahkan bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

5. Ketika permohonan perkenan bagi pembubaran DUN dikemukakan oleh DS Nizar, kedudukan belahan sokongan dalam DUN Perak ialah 28 PR dan 28 BN, manakala kerusi ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker pada 30 Januari dan 3 Februari.

6. DYMM Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status 'hilang sokongan majoriti' kepada Menteri Besar. Kuasa memutuskannya adalah hanya pada DUN, di dalam persidangan DUN, melalui usul undi tidak percaya (vote of no confidence).

7. Berdasarkan prinsip demokrasi dan sistem raja berperlembagaan, DYMM Sultan sepatutnya hendaklah memperkenankan permohonan pembubaran DUN yang dikemukakan oleh DS Nizar.

8. Oleh kerana DS Nizar tidak meletak jawatan, DYMM Sultan tidak berkuasa memecat atau menitahkan perletakan jawatan MB dan DYMM Sultan tidak berkuasa menyiasat untuk menentukan status kehilangan sokongan majoriti bagi seorang Menteri Besar, maka perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan batal.

Monday, May 11, 2009

Politik Surau

Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) sedikit sebanyak telah merubah keadaan sosio-politik tanahair dan cara pemikiran rakyat. Negeri Kedah, Perak dan Selangor telah jatuh ketangan parti Pakatan Rakyat. Sementara Kelantan masih kekal di bawah pemerintahan parti PAS dan Tuan Guru Nk Aziz (alhamdulillah).

Kesan dari PRU12, ramai yang telah kehilangan jawatan, perniagaan, wang simpanan malah ramai juga yang kehilangan kawan akibat tewas bertanding. Sebaliknya ada pulak YB yang telah memenang kerusi DUN sanggup menggadaikan maruah dan kepercayaan masyarakat setempat demi memenuhkan poket yang tak pernah berisi. Itu cuma sebahagian dari sepak terajang dan perbalahan politik, biarlah politikus sahaja yang berbalah di pentas mereka.

Sebenarnya disini aku nak berbicara pasal politik surau/masjid. Rupa-rupanya politik kat surau dan masjid pun tak kurang hebatnya, terutama antara AJKnya. Tak hairanlah kalau mereka berbalah sebab berlainan warna parti tetapi kalau hal kecik/ciput pun nak berbalah dan bermasam muka ...rasanya tak patut berlakulah kan.

Baru-baru ni aku ada mengikuti AGM surau kat tempat tinggal aku. Bermula dari pengesahan minit mesyuarat hingga ke soal/hal berbangkit. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan harmoni. Cuma aku terkilan dalam keharmonian itu rupa-rupanya ada AJK yang hangat-hangat kuku. Beliau tak puashati dengan Imam 1. Puncanya adalah azan. Kisahnya beliau bengang sebab Imam1 melaungkan azan ketika beliau sepatutnya bertugas melaungkan azan.

Ketika aku remaja dulu ada jugak kes macam ni berlaku di surau kampung aku. Puncanya pun azan jugak. Satu hari bilal di tegur oleh seorang kariah mungkin sebab sebutannya kurang tepat ketika melaungkan azan maghrib. Ramai kariah yang tak berpuas hati dengan teguran tu dengan alasan bilal tersebut dah lama melaungkan azan. Berpunca dari situ telah menyebabkan kariah berbalah, kata mengata berpecah, bermasam muka dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah kemudian kariah dapat bersama-sama semula.

Di sini aku suka untuk kita renung-renungkan tentang fungsi masjid/surau. Hal paling utama yang harus difikirkan ialah Kenapa masjid/surau (rumah Allah) diwujudkan?. Ramai orang mengatakan, didirikan semata untuk beribadah kepada Allah. Pada pandangan aku, tidak benar sebab dalam Al-quran Allah berfirman, Surah Al-Imran, 191

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"

Allah tak ade pun sebut beribadah perlu di masjid/surau. Ibadah sebenarnya tiada bertempat malah seluruh kehidupan kita adalah ibadah sesuai sebagai mana yang selalu kita sebut ketika solat dalam doa iftitah yang bermaksud " inilah solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah". Malah solat boleh dilakukan dimana-mana dgn syarat tempt itu suci dari najis.

Cuba fikirkan kenapa Rasulullah bina masjid ketika sampai di Madinah semasa hijrah?. Tujuan nya ialah untuk dijadikan One-Stop Center kepada penyatuan umat dan urusan pantadbiran masyarakat Islam ketika itu termasuklah dalam hal politik, pendidikan, ekonomi maupun ibadah.

Peliknya kenapa masjid/surau sekarang ni hanya dijadikan tempat ibadah sahaja? (sama je macam kuil dan gereja!?..). So kalau keluar dari masjid dah tak perlu beribadah lah!?... Patutlah umat Islam sekarang ni jadi bengong. Masuk masjid tutup aurat, bila keluar masjid dedah aurat. Dalam masjid nampak alim nak mampus bila keluar masjid kaki dangdut rupanya. Nauzubillah....

Maka tak hairanlah, jika fungsi utama masjid/surau sendiri pun masyarakat Islam tak faham apatah lagi tentang konsep beribadah (iman dan takwa) kepada Allah.

Dalam mengharungi cabaran hari ini marilah kita bermuhasabah diri dalam membetulkan halatuju kita, keluarga kita, jiran kita, masyarakat kita dan negara kita di atas landasan Islam yang sebenar. Marilah kita perbetulkan persepsi atau tanggapan salah tentang peranan masjid/surau kita. Sama-sama lah kita memeriahkan aktiviti2 di masjid/surau terutama ditempat tinggal semuga kita beroleh keberkatan dan kemuliaan dari Allah. Buangkan semangat kebangsaan, kita gantikan dengan semangat Ikhwanul Muslimin. Buangkan Perasaan Hasad Dengki kita gantikan dengan Perasaan Kasih & Ramah.






Sunday, May 10, 2009

Babi oh babi ....

Dunia hari ini semakin gawat dengan merebaknya virus H1N1 atau penyakit selsema babi di kalangan manusia. Penyakit yang dikesan merebak bermula dari Mexico telah menular ke Amerika Syarikat hingga Eropah. Dengan hanya selsema sahaja telah mengorbankan nyawa melebihi 159 orang dan beratus-ratus masih lagi dirawat di hospital.

Itu baru satu virus influenza menyerang dunia dah jadi kecoh belum 3 lagi iaitu H1N2, H3N2 dan H3N1. Mengikut kajian, Virus influenza pada babi boleh berubah-ubah. Apabila virus influenza daripada jenis lain menjangkiti babi, ia boleh menukar gen dan menjadi virus baru. Bermakna akan ada virus lain yang akan terhasil dari babi kesan dari mutasi virus. Maka boleh jadi babi adalah induk kepada mutan-x virus influenza (x is variable).

Penduduk Malaysia terutama di Bukit Perlanduk mungkin masih fobia dengan virus JE dan Nipah. Virus yang menyebabkan mereka hilang anggota keluarga. Juga virus baru yang ditemui di Kg Sg Nipah yang juga berpunca dari babi.

Mungkinkah babi akan menjadi punca kepada kemusnahan manusia?

Pencipta kepada Alam ini iaitu Allah s.w.t (yang bersifat maha mengetahui) telah menerangkan di dalam Al-quran pasal larangan memakan daging babi. Antara daging yang akan memudarat manusia selain daging bangkai, darah dan lain-lain lagi yang disebut di dalam al-quran. Kajian sebelum ini juga telah menemui sejenis parasit di dalam babi yang tak mati walau di kenakan pada suhu didih.

Kenapalah manusia masih lagi degil nak bela dan makan daging babi agaknya?.

Apa nak hairan, sebabnya manusia hari ini ramai sangat yang berperangai macam babi malah lebih teruk dari itu. Perangai yang paling ketara adalah 'menyondol'. Babi cuma sondol tanaman/sayuran untuk makanan saja tetapi manusia 'menyondol' semua benda demi perut dan nafsu.

Di bawah adalah sebahagian sifat buruk 'menyondol' yang ada pada manusia.
  1. Menyondol alam (hutan) ciptaan Allah - sampai rosak mukabumi, menyebabkan hakisan, tanah runtuh, banjir lumpur, musnah harta benda.
  2. Menyondol sistem politik - menafikan hukum Allah malah undang-undang manusia pun di cerobohi dan dikhianati.
  3. Menyondol sistem ekonomi - mendewakan sistem ekonomi yahudi kononnya terbaik, akhirnya ekonomi dunia hari ini runtuh paling teruk dalam sejarah.
  4. Menyondol sistem sosial - manusia jadi berpuak-puak, berpegang kepada semangat assobiyah (kebangsaan) akhirnya manusia berperang dan berbunuh.
  5. Sikap paling teruk ialah menyondol orang - Lelaki 'sondol' lelaki (gay), perempuan 'sondol' perempuan (lesbian). Babi pun tau sondol pasangan jantan atau betina. Si tua bangka 'sondol' kanak-kanak seusia 5thn. Nenek pun jadi mangsa 'sondol' juga. Jantan miang 'sondol' bini orang, bini nusyuz pulak rela di 'sondol'. 5 jantan 'sondol' 1 betina sekali gus, babi pun tak buat macam tu. Babi cuma sondol lubang puki aje tapi orang sondol semua lubang kecuali lubang hidung dan telinga (mungkin sebab kecik kot, kalu lubang tu boleh mengembang harus kena jugak agaknya).
Sesungguhnya peringatan dari Allah s.w.t Pencipta Alam ini adalah maha benar. Kaedah yang terbaik dalam menghadapi kegawatan adalah dengan cara kembali kepada jalan-jalan yang telah diterangkan oleh Pencipta Alam ini iaitu Allah s.w.t.

Saturday, May 9, 2009

Ragut

Ragut, samun, rompak, curi, …..sekarang ni kita dah tak selamat lagi bukan saja di luar rumah malah di dalam rumah juga. Banyak kes yang telah dilaporkan tetapi persoalannya berapa ramai peragut yang telah diberkas dan didakwa.?

Kes terbaru selasa lalu yang berlaku di Pasir Gudang telah mengakibatkan nyawa seorang ibu mengandung terkorban. Terdahulu seorang warga emas juga telah terkorban akibat dibelasah oleh penyamun ketika cuba mempertahan diri di rumahnya. Banyak lagi kes-kes keganasan dan kebuasan penyamun, peragut dan perompak terhadap orang awam yang berlaku di sekitar kediaman kita yang tidak dilaporkan.

KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.”

Apakah kehidupan begini yang kita dambakan?

Apakah kita semakin selamat setelah lebih 50 tahun Merdeka?

Dimanakah punca silapnya?

Bilakah kesudahannya?

Apakah jalan penyelesaiannya?

Renung-renungkan lah.

Jika kereta kita rosak, kenapa kita hantar ke mekanik kereta untuk di baiki?. Jawapannya kerana mekanik kereta sahaja yang arif tentang kereta.

Cuba bayangkan apa akan terjadi jika kereta kita di baiki oleh mekanik motorsikal. Mungkin akan jadi ‘labu’ bukan!.

Maka jalan penyelesaian kepada permasalahan jenayah manusia hari ini adalah dengan cara kembali kepada Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. kerana Dia Maha Arif tentang manusia. Rujuk kembali manual iaitu Al-Quran dan As-sunah. Ikut nasihat mekanik manusia terbaik iaitu Rasulullah dan pewaris baginda iaitu Al-Ulama’.

Tetapi kenapa hari ini permasalah masih tidak selesai?.

Jawapannya; kerana dasar kepada pembentukan jiwa manusia/rakyat hari ini tidak menurut kepada manual Pencipta manusia tetapi mengikut kepada manual ciptaan manusia (demokrasi, perlembagaan, pemdidikan, ekonomi dll). Ibarat mekanik motosikal membaiki kereta. Kereta semakin bertambah rosak, tuan punya kereta makin rugi…

Begitu juga lah dgn keadaan Negara kita sekarang ini. Saban tahun semakin ramai orang yang rosak akhlak dan pekertinya. Budaya sex bebas, rempit, pelbagai jenayah, bunuh membunuh, Ah long dan mcm-mcm lagi lah.

Negara pulak semakin …… lu pikir lah sendiri

Monday, March 16, 2009

Siapa Juara

Harian Metro semalam 15 Mac 2009 telah mengundang rasa sedih, marah, terkilan penulis tentang tajuk berita 'Pasangan melayu paling ramai...'.


KUALA LUMPUR: Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, ketika mengulas fenomena membimbangkan ini berkata, beliau terkejut dan kecewa kerana statistik itu menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin teruk. (Hmetro)

Statistik menunjukkan teramai adalah orang melayu. Rentetan dari Kosmos beberapa minggu lepas menyiarkankan skandal sek di bilik x-ray di sebuah hospital di ibukota juga adalah melayu. Kisah artis terlampau juga dijuarai orang melayu. Skandal di sekolah juga dijuarai oleh orang melayu. Kes buli sekolah juga orang melayu. Di Pusat Serenti juga juaranya orang melayu. Pusat pemulihan akhlak juga juaranya orang melayu. Merempit juga orang melayu juaranya. Budaya punk juga juaranya remaja melayu. Sehinggakan bercakaran dalam politik juga dijuarai oleh orang melayu. Melayu. Melayu. Melayu....

Melayu adalah Juara. Juara apa?. Juara kepada segala bentuk keruntuhan akhlak, sek bebas, merempit dan bermacam2 lagi gejala negatif. Dulu remaja melayu adalah Juara tetapi sekarang ini lelaki dewasa melayu pun dah mula menduduki tangga Juara di dalam keruntuhan akhlak.

Di dalam institusi kekeluargaan ibu dan bapa dipersalahkan secara total disebabkan keruntuhan akhlak remaja melayu. Bagaimana pulak dengan keruntuhan diperingkat nasional. Patutkah pemimpin2 melayu dipersalahkan kerana gagal dalam mengekang keruntuhan akhlak melayu?. Patutkah?. Kalau ibu dan bapa yang gagal dalam pentadbiran keluarga dipersalahkan, maka Pemimpin melayu yang bercakaran di dalam politik hari ini patut juga di persalahkan.

Mereka leka dalam percaturan politik, mereka hanya pentingkan perut dan bawah perut, ego, fitnah menfitnah, rasuah, gila duit, gila kuasa, gila betina dan segala bentuk gila dunia maka tak hairanlah anak bangsa melayu hari ini akan terusan menggila segala bentuk budaya kehancuran. Sesuailah pepatah melayu 'Bapak borek, anak rintik', 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'.

Perlukah pusat Serenti diperbanyakkan lagi dan patutkah Pusat Pemulihan akhlak diperbanyakkan lagi?. Wahai bangsa melayu, tepuklah dada tanyalah iman. Selagi pemimpin melayu tidak bersatu, selagi Islam tidak di martabatkan selagi itulah bangsa melayu dan Islam akan berada di dalam kegelapan.



Faris Audah Dalam Kenangan

Video Faris Audah

:

Faris Audah ialah seorang remaja yang baru berumur 13 tahun yang tinggal di tengah Bandar Gaza, di Palestin. Namanya menjadi sebutan disebabkan keberanian beliau melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa merasa takut dan gentar walaupun hanya bersenjatakan batu-batu kecil.

Pagi-pagi lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah untuk belajar. Selepas pulang di waktu petang, dia akan bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk membaling tentera-tentera Yahudi yg bersembunyi di dalam kereta perisai. Farislah yg paling terkenal di kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya berbanding rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa berada di depan sekali semasa merejam batu ke arah tentera zionis itu.

Bagi Faris, satu-satunya cara yang ada untuk menentang Yahudi kerana hanya itulah senjata yang mereka ada. Ramai tentera Yahudi yg cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena batu berbisa remaja-ramaja Islam dan sebagainya.

Faris pernah kelihatan dirakam di dalam lensa kamera seorang wartawan sedang mengejar seorang tentera Yahudi yg lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu. Faris mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan membalingi tentera itu sekali, tentera itu lari. Dia pula yg mengejar dan berjaya mengenai sasarannya.

Biasanya apabila ada rakannya yg tertembak dan luka, Faris dan rakannya akan mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa tersedia menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan seperti itu biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera ringan dan pulih semula.

Pada suatu hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari rumahnya tanpa memberitahu ibunya. Dia terus mencari beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk membalingi tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari itu dia kurang bernasib baik kerana setelah melontar beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di dadanya.

Pada petang itu, jalanraya di Gaza menyaksikan beratus-ratus orang lelaki Palestin yg mengiringi jenazah seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke tanah perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana Faris ialah seorang yang syahid. Sehelai kain putih biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan kerdil itu.

Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan luarbiasa berbanding remaja mahupun orang dewasa lain yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab apabila menghadapi musuh Allah.

Itu adalah sumbangan Faris untuk pembebasan Palestin - seorang kanak-kanak bertubuh kecil berjiwa besar.

Usaha kitaa… teruskan sumbangan ke dana Palestin, teruskan doa mohon pertolongan dari Allah dan teruskan boikot produk Yahudi dan US. Biarpun kecil sumbangan kita tetapi sangat besar jika dilakukan secara istiqomah. .

Pastinya ia tidaklah terlalu sukar berbanding pengorbanan Faris dan rakan-rakannya.

Sunday, February 22, 2009

Seloka Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhirat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Oleh Lutfi
http://lutfimj2006. blogspot. com/